Terma & Syarat

Perkataan dan terma yang berikut, semasa digunakan bersama dengan Perjanjian ini, dan mempunyai maksud berikut, kecuali dinyatakan secara jelas dalam sesuatu konteks yang tertentu.

“Kasino Dalam Talian”: Sistem permainan internet Playtech dalam laman web dan servis berkaitan, serta aktiviti permainan yang ditawarkan dan disenaraikan dalam www.CasinoJR.com, termasuklah tetapi tidak terhad kepada, kasino dalam talian dan/atau bingo dan/atau sebarang permainan lain, di mana yang berkenaan;

“Akaun Pemain”: Akaun peribadi berdaftar yang didaftar oleh seseorang individu dan dikekalkan dengan kami untuk membolehkan seseorang itu bermain dalam Platform Permainan Dalam Talian;

“Perisian”: Perisian ini dilesenkan kepada kami, termasuklah sebarang program atau fail data atau sebarang kandungan yang berasal daripada situ, yang perlu dimuat turun, diakses atau sebaliknya digunakan oleh anda daripada www.casinojr.com, membolehkan anda mengambil bahagian dalam Platform Permainan Dalam Talian;

“Nama Pengguna dan Kata Laluan”: Nama pengguna dan kata laluan yang dipilih oleh anda semasa mendaftar dengan CasinoJR.

“Anda”: Ahli berdaftar daripada Platform Permainan Dalam Talian yang dimuat turun daripada www.casinojr.com;

“Laman Web”: www.casinojr.com, dan sebarang laman yang berkaitan yang boleh diakses melalui pautan atau melalui sebarang cara untuk akses.

Perjanjian ini meliputi segala perkara antara anda dengan kami, berkaitan dengan penggunaan anda dalam Platform Permainan Dalam Talian untuk bermain dengan betul dan nyata.

  1. Kamu hanya boleh guna Platform Permainan Dalam Talian dan/atau laman web sekiranya anda telah melebihi umur yang ditetapkan oleh undang-undang di negara yang anda tinggal.
  2. Anda tidak boleh menggunakan Platform Permainan Dalam Talian dan/atau laman web ini sekiranya anda adalah di bawah umur 18 tahun, dalam apa jua keadaan.
  3. Sesetengah bidang undang-undang tidak menyatakan sama ada sah atau tidak dalam perkara perjudian dalam talian, manakala ada sesetengah yang menyatakan perjudian dalam talian itu adalah salah di sisi undang-undang. Kami tidak berniat membenarkan mana-mana pihak harus menggunakan Platform Permainan Dalam Talian dan/atau laman web ini di mana adalah salah di sisi undang-undang. Kewujudkan dan kesediaan Platform Permainan Dalam Talian dan/atau laman web ini tidak membuktikan bahawa ia merupakan tawaran dan jemputan daripada pihak kami untuk guna Platform Permainan Dalam Talian di mana-mana negara yang melarangkan perjudian dalam talian. Penggunaan Platform Permainan Dalam Talian ini adalah terbatal sekiranya dilarang oleh mana-mana undang yang berkaitan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan negara yang anda tinggal membenarkan Platform Permainan Dalam Talian atau tidak.

Dengan ini, kami memberikan kebenaran kepada anda untuk menggunakan perisian ini secara individu, tidak eksklusif dan tidak boleh dipindah milik, untuk bermain di Platform Permainan Dalam Talian, berdasarkan peraturan seperti berikut:

Anda tidak dibenarkan untuk:

  1. Memasang atau menjalankan Perisian pada pelayan web di peranti rangkaian yang lain atau menjadikan Perisian ini wujud melalui sebarang bentuk pada papan buletin, perkhidmatan dalam talian atau pendailan jarak jauh, atau rangkaian ke mana-mana orang lain;
  2. Sub-lesen, memberikan akses, sewa, pajakan, pinjaman, pindahan atau membuat salinan (kecuali sebagai mana yang dinyatakan secara jelas di tempat lain dalam perjanjian ini) lesen anda untuk menggunakan Perisian ini atau membuat atau mengagihkan salinan Perisian ini;
  3. Membuat salinan atau menterjemahkan mana-mana dokumen pengguna yang diberikan secara dalam talian atau dalam format elektronik;
  4. Kejuruteraan terbalik, menghasilkan sumber kod, meleraikan, mengubah suai, menyesuaikan, menterjemahkan, membuat sebarang usaha untuk mencari sumber kod daripada Perisian atau membuat karya terbitan berdasarkan seluruh atau mana-mana bahagian daripada Perisian; atau
  5. Masuk, akses atau cuba untuk masuk atau akses atau sebaliknya untuk memintas system sekuriti kami atau dengan sebarang cara untuk menjejaskan (termasuk, tapi tidak terhad kepada penggunaan robot dan peranti serupa) Platform Permainan Dalam Talian atau laman web, atau cuba untuk buat sebarang perubahan kepada Perisian dan/atau sebarang fungsi atau komponennya.

Anda tidak memiliki Perisian ini. Perisian ini adalah dimiliki serta merupakan harta eksklusif kepada pemegang lesen, syarikat pihak ketiga pembekal perisian, (Pembekal Perisian). Perisian ini dan sebarang dokumentasi yang telah dilesenkan kepada kami ialah proprietary kepada Pembekal Perisian dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta di seluruh dunia. Penggunaan anda dalam Perisian ini tidak memberikan hak milik kepada sebarang hak harta intelek Perisian ini kepada anda. Perjanjian ini hanya memberikan keizinan kepada anda untuk menggunakan Perisian ini sahaja.

Perisian ini adalah dibekalkan tanpa sebarang jaminan, syarat, janji atau perwakilan, tersurat atau tersirat, berkanun atau sebaliknya. Dengan ini kami mengeluarkan semua terma, syarat dan jaminan (termasuk mana-mana barang niaga, kualiti, dan kesesuaian untuk tujuan tertentu). Kami tidak menjamikan Perisian ini akan memenuhi permintaan anda.

Kami tidak menjaminkan Perisian ini akan tidak melanggarkan mana-mana hak atau operasi Perisian ini akan bebas daripada sebarang masalah atau tanpa gangguan atau sebarang kecacatan dalam Perisian ini akan diperbetul, atau Perisian ini atau pelayan web akan bebas daripada virus. Dalam situasi di mana masalah komunikasi atau system berlaku berkaitan dengan pemprosesan akaun atau sebarang komponen lain dalam perisian ini, pihak kami atau pembekal Perisian ini tidak akan bertanggungjawab kepada anda ke atas sebarang kos, perbelanjaan, kerugian atau tuntutan yang timbul akibat kesalahan tersebut. Kami juga berhak untuk untuk mengeluarkan semua permainan yang berkaitan daripada perisian dan laman web, dan seterusnya mengambil tindakan lain untuk memperbaiki kesilapan tersebut, sekiranya berlakunya situasi tersebut.

Dengan ini, anda mengakui bahawa bukan dalam kawalan kami untuk menentukan bagaimana anda menggunakan Perisian ini. Anda akan membuka serta menggunakan Perisian ini dengan tanggungan risiko anda sendiri dan kami tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan atau kerugian langsung, akibat, insidental atau kerosakan khas atau sebarang kerugian (kecuali kecederaan diri atau kematian akibat kecuaian kami).

  1. Pembekal Perisian kami adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Penguatkuasa Zon Ekonomi Cagayan di Filipina dan dilesenkan sepenuhnya dan dikawal selia oleh undang-undang untuk tujuan mengendalikan kasino maya di internet di bawah laman web.
  2. Kami hanya membenarkan akses untuk bermain di Platform Permainan Dalam Talian melalui melalui rangkaian internet selamat dengan menggunakan enkripsi melalui Nama Pengguna dan Kata Laluan. Anda tidak dapat bermain di Platform Permainan Dalam Talian sekiranya tidak dapat lulus semasa log masuk melalui sistem keselamatan pelanggan.
  3. Anda tidak boleh menggunakan Platform Permainan Dalam Talian ini untuk sebarang penggunaan komersial atau bagi pihak orang lain. Sebarang penggunaan Platform Permainan Dalam Talian oleh anda adalah hanya untuk tujuan kegunaan peribadi sahaja.
  4. Anda mesti merahsiakan Nama Pengguna dan Kata Laluan anda serta tidak mendedahkan kepada mana-mana orang lain. Anda tidak boleh menggunakan kata laluan orang lain. Anda harus bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dijalankan dengan Akaun Pemain anda, dengan menggunakan Kata Laluan anda. Sekiranya seseorang itu memasukkan Nama Pengguna serta Kata Laluan anda dengan betul, pihak kami akan menganggap orang itu adalah anda, dan segala transaksi di mana Nama Pengguna serta Kata Laluan yang telah dimasukkan dengan betul adalah sah.
  5. Anda tidak dibenarkan untuk membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk menggunakan Akaun Pemain anda untuk akses ke Platform Permainan Dalam Talian, dan anda tidak dibenarkan untuk menggunakan mana-mana Akaun Pemain orang lain atau kaedah pembayaran untuk akses ke Platform Permainan Dalam Talian atau Laman Web atau Perisian ini.
  6. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa anda memahami peraturan dan prosedur permainan di Platform Permainan Dalam Talian dan penggunaan Platform Permainan Dalam Talian secara umum sebelum anda memainkan sebarang permainan tersebut.
  7. Kami menggunakan kaedah terbaik yang ada pada hari ini untuk penyulitan maklumat Nama Pengguna dan Kata Laluan, dan maklumat sensitif lain yang dipindahkan ke dan dari aplikasi pelanggan dan pelayan web kami, dengan ini melindungi anda dan kami daripada percubaan manipulasi oleh pihak ketiga. Anda tidak akan masuk, mengakses atau cuba masuk atau mengakses atau memintas keselamatan kami sebaliknya. Sekiranya kami mempunyai alasan untuk mencurigai bahawa anda telah menceroboh atau mungkin cuba untuk menceroboh, mengakses atau memintas keselamatan kami atau Perisian, kami berhak untuk menghentikan akses anda ke Platform Permainan Dalam Talian dengan serta-merta dan/atau menyekat akaun anda, dan kami berhak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
  8. Kami hanya akan menggunakan informasi peribadi anda dengan berdasarkan Dasar Privasi kami, yang dipapar secara lengkap di laman web kami. Kami berhak untuk mengubah Dasar Privasi pada bila-bila masa. Kami juga berhak untuk meminta anda memberikan maklumat tambahan kepada kami dan maklumat tambahan tersebut akan dirahsiakan. Kami juga berhak, dalam keadaan tertentu, untuk mendedahkan sesetengah maklumat kepada pihak berwajib yang berkenaan sekiranya kami diminta oleh undang-undang, badan negara, atau badan berkuasa yang lain. Tertakluk dalam Dasar Privasi, hak ini untuk mendedahkan informasi peribadi kepada badan atau pihak berkuasa adalah bertujuan untuk menyiasat pengubahan wang haram, penipuan dan kegiatan jenayah lainnya di mana yang dinyatakan dalam undang-undang.
  1. Kami tidak membuat kenyataan atau jaminan berkenaan dengan kesahan atau sebaliknya mengenai akses dan penggunaan Platform Permainan Dalam Talian di negara tempat tinggal anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan sama ada sah dari segi undang-undang untuk bermain di Platform Permainan Dalam Talian di negara anda. Kami juga menegaskan bahawa ia tidak bermaksud anda boleh melanggar undang-undang yang berkenaan.
  2. Anda tidak boleh memindah milik, dengan apa-apa cara sekalipun, hak anda di bawah perjanjian ini tanpa pemberitahuan melalui penulisan kepada pihak kami terlebih dahulu.
  3. Anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua cukai, yuran dan kos lain yang wujud daripada penggunaan anda melalui Platform Permainan Dalam Talian.
  4. Anda bertanggungjawab untuk memberitahu kami berkaitan dengan sebarang perubahan pada maklumat pendaftaran anda.
  5. Anda terima bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembekalan dan penyelenggaraan kesemua peranti komputer dan telekomunikasi web dan perkhidmatan akses internet yang anda gunakan untuk akses ke Platform Permainan Dalam Talian. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara pun ke atas sebarang kerugian yang anda menyebabkan berkaitan dengan internet serta mana-mana pembekal perkhidmatan telekomunikasi yang anda berhubung untuk akses ke Platform Permainan Dalam Talian atau Laman Web.
  6. Anda bersetuju bahawa penjana nombor rawak kami akan menentukan keputusan dalam permainan yang anda bermain di Platform Permainan Dalam Talian, dan anda terima keputusan itu di semua permainan. Anda juga bersetuju bahawa sekiranya berlaku perselisihan antara keputusan di Perisian dan pelayan web permainan, keputusan yang muncul di pelayan web permainan akan dikekalkan dan anda setuju bahawa rekod kami merupakan kata putus dalam menentukan terma dan keadaan dalam penyertaan anda dalam sebarang aktiviti di Platform Permainan Dalam Talian.
  7. Kesemua pertaruhan yang disahkan adalah masih dikira wujud walaupun sistem telah mengalami masalah atau terputus kesan daripada isyarat lemah. Selepas anda telah log masuk semula, anda boleh melayari “History” untuk semak balik pertaruhan sebelum itu. Baki akaun anda akan menunjukkan keputusan pertaruhan tersebut.
  8. Anda terima bahawa anda mengetahui sepenuhnya prosedur “Live Dealer Gaming” berikut:

    1. Sekiranya kad telah ditunjukkan tetapi anda tidak nampak amaun pertaruhan anda, ini bermaksud pertaruhan itu adalah tidak berjaya. Ini berlaku mungkin disebabkan anda terlewat membuat taruhan atau ditolak disebabkan jaringan internet yang lemah.
    2. Sekiranya anda tidak membuat taruhan lebih daripada tiga pusingan, anda mungkin akan dilog keluar secara automatik, dan anda perlu log masuk semula.
    3. Sekiranya pegawai itu mengeluarkan dua kad pada masa yang sama secara tidak sengaja, dan menyebabkan susunan kad itu salah, seterusnya menjejaskan keputusan, pertaruhan itu akan dibatalkan dan taruhan akan dikembalikan kepada pemain.
    4. Sekiranya kad itu diletakkan salah tanpa sebarang kesalahan imbasan, kad itu akan disusun semula oleh pegawai atau pengurus kami dengan berdasarkan susunan tepat dan pusingan tersebut akan sambung semula.
    5. Sekiranya pegawai mengimbas kad yang sama dua kali secara tidak sengaja, seterusnya menjejaskan keputusan, pertaruhan itu akan dibatalkan dan taruhan akan dikembali kepada pemain.
    6. Semasa mengeluarkan kad dan kad telah diimbas tetapi tidak ditunjukkan di skrin, seterusnya menyebabkan kad-kad berikutnya tidak diletakkan dengan betul, permainan akan dibatalkan dan taruhan akan dikembalikan kepada pemain.
    7. Semasa permainan dijalankan, sekiranya pemain membuat taruhan dan telah disahkan oleh sistem, tetapi komputer pemain telah terputus atau tidak memaparkan tayangan video, taruhan itu masih dikira sebagai sah dan keputusan boleh didapati di “History”.
    8. Anda tidak akan melakukan sebarang tindakan atau menunjukkan sebarang tingkah laku yang merosakkan reputasi kami atau Pembekal Perisian kami atau sebararang pembekal perkhidmatan lain yang berkaitan.
    9. Anda bersetuju bahawa sekiranya Akaun Pemain anda sedang dibuka, anda akan mengganti rugi kami sepenuhnya dan mengelakkan kami supaya tidak akan terlibat dari dan terhadap semua dan apa-apa kerugian, kos, perbelanjaan, tuntutan, tuntutan, liabiliti, dan kerosakan, tidak kiralah apa-apa sebabnya dan ini berlaku mungkin disebabkan anda (a) masuk, menggunakan atau menggunakan semula Laman Web atau Platform Permainan Dalam Talian dan/atau (b) melanggarkan mana-mana terma dan syarat dalam Perjanjian ini. Anda juga bersetuju untuk mengganti rugi sepenuhnya, mempertahankan dan mengelakkan pegawai, pengarah, pekerja, ejen, kontraktor dan pembekal kami bebas daripada bahaya, dari dan terhadap semua tuntutan, liabiliti, kerosakan, kerugian, kos dan perbelanjaan, termasuklah yuran guaman, yang timbul daripada pelanggaran Perjanjian ini oleh anda, dan liabiliti lain yang timbul daripada penggunaan Platform Permainan Dalam Talian atau Perisian oleh pihak anda.
    10. Kami berhak untuk mengubah Perjanjian ini dari semasa ke semasa seperti yang dinyatakan dalam klausa 8 di bawah. Anda bertanggungjawab untuk memeriksa Perjanjian ini dari semasa ke semasa untuk memastikan sama ada pemberitahuan perubahan atau tidak, sesuai dengan klaus 8 berikut.
  1. Anda adalah bertindak atas diri anda sendiri;
  2. Anda adalah tidak dihadkan oleh undang-undang “limited legal capacity”;
  3. Anda bukan dikelaskan sebagai penjudi kompulsif;
  4. Kesemua maklumat yang anda bagi atau telah bagi dalam proses pendaftaran dengan CasinoJR adalah tepat dan anda akan terus mengemas kini maklumat tersebut sekiranya terdapat sebarang perubahan;
  5. Anda sedar sepenuhnya bahawa terdapat risiko dalam merugikan wang melalui penggunaan Perisian untuk bermain di Platform Permainan Dalam Talian;
  6. Anda tidak mendepositkan wang yang berasal daripada aktiviti jenayah dan/atau aktiviti yang tidak dibenarkan;
  7. Anda tidak menjalankan aktiviti jenayah dan/atau cuba untuk mengawal Akaun Pemain dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Anda tidak menggunakan atau berniat untuk menggunakan atau berniat untuk membenarkan mana-mana individu lain untuk menggunakan Platform Permainan Dalam Talian dan Akaun Pemain untuk sebarang aktiviti yang dilarang atau menyalahi undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan atau pengubahan wang haram, di bawah mana-mana undang-undang yang berkenaan di bidang kuasa dan undang-undang tertentu yang diguna pakai kepada kami;
  8. Anda tidak bersekongkol atau cuba untuk bersekongkol dengan atau berhasrat untuk mengambil bahagian, secara langsung atau tidak langsung, dalam skim kolusi dengan mana-mana pemain lain semasa permainan yang anda mainkan atau akan bermain di Platform Permainan Dalam Talian;
  9. Anda bukan di bawah umur sama ada (i) 18, (ii) usia di mana aktiviti perjudian adalah sah di bawah undang-undang negara anda yang dikenakan kepada anda, yang mana yang lebih besar;
  10. Maklumat akaun bank yang diberikan oleh anda semasa proses pendaftaran adalah pemegang akaun bank yang berdaftar, dan akaun tersebut tidak dilapor sebagai rosak atau digodam atau disekat;
  11. Anda bukan salah seorang pegawai, pengarah, pekerja, perunding atau ejen kami, atau salah satu syarikat gabungan atau anak syarikat kami, atau pembekal atau vendor, dan bukan saudara dari individu-individu tersebut (bagi maksud klausa ini, terma saudara di sini bermaksud suami isteri, pasangan, ibu bapa, anak atau saudara kandungan). Sekiranya anda melanggar larangan ini, anda tidak akan berhak ke atas sebarang kemenangan anda, dan tindakan tegas akan diambil terhadap anda.
  12. Sebelum ini anda tidak memegang Akaun Pemain yang digantung atau ditamatkan sama ada oleh kami atau oleh pengendali permainan dalam talian yang lain, atau telah mengembalikan wang melalui Akaun Pemain atau mengekalkan Akaun Pemain semasa; dan
  13. Semasa membuka Akaun Pemain, anda tidak akan memberikan maklumat atau membuat sebarang kenyataan kepada kami yang tidak benar, palsu, tidak lengkap atau mengelirukan.
  1. Kami mungkin, serta berhak mutlak, untuk membuat perubahan dalam Perjanjian ini atau Dasar Privasi pada bila-bila masa.
  2. Perubahan sedemikian akan berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan. Oleh itu, adalah amat penting bagi anda untuk log masuk ke Laman Web ini dari semasa ke semasa untuk semak sama ada ada pemberitahuan perubahan atau tidak. Anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk membaca perubahan sedemikian.
  3. Sekiranya anda terus menggunakan Laman Web atau Platform Permainan Dalam Talian selepas kami telah mengemas kini perubahan tersebut (tidak kira apa-apa cara pemberitahuan daripada kami untuk memberitahu perubahan tersebut), anda setuju secara automatik untuk diikat dengan perubahan tersebut, tidak kiralah anda ada nampak, atau telah baca perubahan berkenaan. Sekiranya anda tidak bersetuju untuk tidak terikat dengan perubahan berkenaan, anda seharusnya tidak teruskan untuk mengguna Laman Web atau Platform Permainan Dalam Talian serta-merta.
  1. Kami memelihara hak secara mutlak untuk:

    • Menolak pendaftaran oleh mana-mana individu di Laman Web atau Platform Permainan Dalam Talian;
    • Menolak mana-mana taruhan di Platform Permainan Dalam Talian;
    • Mengubah, menangguhkan, menghapuskan, mengubah suai atau menambah sebarang permainan atau kejohanan dalam Platform Permainan Dalam Talian.
  2. Kami memelihara hak untuk membuat pertanyaan kepada anda, termasuklah kad kredit, hal kredit dengan pihak ketiga dan institusi kewangan, berdasarkan maklumat yang anda berikan kepada kami.
  3. Dalam situasi di mana berlakunya sebarang pertikaian berkaitan dengan taruhan atau kemenangan, keputusan kami adalah muktamad.
  4. Kami mungkin mendedahkan sesetengah informasi individu anda kepada pihak ketiga dengan berdasarkan Privasi Polisi, yang telah dipaparkan dalam Laman Web kami, pada bila-bila masa.
  5. Kami mungkin akan menamatkan penggunaan anda dalam Platform Permainan Dalam Talian dan menyekat Akaun Pemain anda pada bila-bila masa, tanpa pemberitahuan awal, sekiranya kami mendapati anda melanggar mana-mana terma dan bahagian dalam Perjanjian ini, atau anda bertindak melanggar undang-undang sebaliknya.
  6. Kami memelihara hak untuk memindah, memberikan dan sublesen atau mempajak gadai Perjanjian ini, seluruh atau sebahagian, kepada mana-mana pihak tanpa notis dan anda anda akan dianggap bersetuju dengan tindakan tersebut.

Perjanjian ini adalah berkuat kuasa semasa anda menerima terma dan syarat dalam Perjanjian ini, dan akan kekal berkuat kuasa sepenuhnya melainkan diberhentikan. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, adalah dipersetujui bahawa anda terikat dengan Perjanjian ini jika anda menggunakan Platform Permainan Dalam Talian.

  1. Penggubalan, kesahihan dan penggunaan Perjanjian ini akan diguna pakai oleh undang-undang Inggeris. Walau bagaimanapun, ini tidak akan menghalang kita daripada menuntut atau bertindak di mahkamah yang dimiliki oleh bidang kuasa yang lain untuk tuntutan injunksi atau yang serupa. Perjanjian Versi Bahasa Inggeris ini akan diguna pakai, serta mengatasi Perjanjian dalam versi bahasa lain yang dikeluarkan oleh kami.
  2. Kesalahan, ketidaksahan atau ketidakbolehlaksanaan mana-mana bahagian dalam Perjanjian ini tidak akan mempengaruhi kesahan, kesahan atau kebolehlaksanaan bahagian lain dalam Perjanjian ini.
  1. Kamu bersetuju untuk menerima notis daripada pihak kami dalam bentuk elektronik. Notis elektronik ini mungkin dipapar pada laman web dan/atau mesej tersebut muncul pada Platform Permainan Dalam Talian, dan/atau mungkin dihantar kepada anda serta-merta melalui SMS. Semua notis sama ada dalam bentuk elektronik atau kertas akan dikira sebagai “tulisan” dan akan dikira diterima selewat-lewatnya lima hari bekerja selepas dipaparkan atau disebarkan, tidak kiralah anda telah berjaya nampak atau terima notis itu. Kami memelihara hak, tetapi tidak bertanggungjawab, untuk membekalkan notis dalam bentuk kertas.
  2. Segala notis yang diperlukan untuk diberikan dengan cara yang spesifik atau pertanyaan mengenai Perjanjian ini harus ditujukan kepada cara hubungi kami yang dipaparkan di laman web kami.
  1. Promosi di Laman Web kami hanya untuk pemain tulen sahaja.
  2. Ahli mesti memenuhi syarat jumlah taruhan yang dilakukan seperti mana yang dinyatakan dalam perincian promosi untuk mendapatkan bonus tertentu.
  3. Hanya 25% daripada jumlah taruhan yang ditaruh di mana-mana Pai Gow Poker dan Roulette (semua jenih), tambah lagi dengan 50& daripada Permainan RNG & Slots akan dikira ke dalam jumlah taruhan terkumpul.
  4. Kesemua pertaruhan yang seri atau dibatalkan, pertaruhan di mana keberangkaliannya kurang daripada Euro 1.50 atau Asia 0.5, atau kedua-dua belah mempunyai keberangkalian yang sama dalam sesuatu permainan, tidak akan kira masuk ke mana-mana jumlah taruhan terkumpul.
  5. Sekiranya berlakunya sebarang pertikaian, kesemua keputusan yang dibuat oleh CasinoJR adalah muktamad.
  6. Untuk Sportsbook Mix Parlay, had pertaruhan ialah RM 1,000 bagi setiap taruhan / tiket. Setiap taruhan / tiket mempunyai pembayaran maksimum iaitu RM 100,000.
home
Home
wallet
Dompet
promo
Promo
jr-shop
JR Shop
profile
Profil